
Amenorea boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder. Amenorea primer membawa maksud kegagalan untuk menstabilkan kedatangan haid. Jika remaja yang berusia antara 14 tahun tidak mempunyai perkembangan fizikal secara seksual, itu bermaksud mereka menghidap Amenorea primer. Begitu juga dengan gadis berusia yang berusia 16 tapi perkembangan fizikal dan seksualnya normal. Namun begitu, nisbah mereka yang berdepan dengan Amenorea primer tidak begitu besar iaitu 3 dalam 1000.
Amenorea sekunder pula ialah masalah kedatangan haid yang hanya terjadi sekali dalam jangka masa enam bulan. Andai ini berlaku, itu tandanya anda sakit dan memerlukan pemeriksaan lanjut. 3% remaja perempuan berdepan dengan risiko Amenorea sekunder ini. Separuh daripadanya iaitu 50% daripada mereka yang terdedah kepada penyakit ini ialah mereka yang terlibat dalam larian jarak jauh. Manakala selebihnya 44% ialah mereka yang bergelar penari balet.
No comments:
Post a Comment