Thursday, January 8, 2009

Apa Kata Lelaki??

KENALI HATI & CINTA LELAKI

Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterusterang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang berkaitan dengan soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika kamu pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah. Jika kamu ingin mencari cinta sejati, kamu sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan ini lebih mudah. Berikut 14 perkara tentang lelaki yang perlu kamu tahuuntuk lebih mengenali mereka. Sekiranya sesuai jadikan panduan. Jika sebaliknya, anggaplah sebagai pengisi bahan bacaan kamu di masa terluang.

MASIH RAGU-RAGU
Jika kamu bertanya lelaki: “Adakah kamu cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.
Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti
A. “Ya, rasarasanyalah”
B. “Mestikah saya berkata begitu supaya kamu rasa senang hati?”
C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak”
D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”. Kebanyakan jawapan yang tersirat ini masih menunjukkan yang lelaki masih ragu dengan cinta yang dimilikinya. Oleh itu, kamu jangan terlampau selesa dengan setiap harapan yang diberikan oleh lelaki melainkan kamu sudah betul-betul mengenali hati budinya.

SUKAR MEMUJI
Kamu tidak perlu meminta pendapat mengenai diri kamu daripada si dia ataupun mengharapkan pujian yang kamulah kekasih terbaiknya. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung semahumahunya. Sikap mata keranjang sememangnya ada pada kebanyakan lelaki. Jadi kamu haruslah bersedia menghadapinya dan cuba bagaimana untuk
mengurangkan tabiatnya itu.

TIDAK SUKA DIATUR
Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan kamu tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum kamu mengutarakan sebarang cadangan. Hal ini mungkin nampak remeh tetapi sebenarnya memberi
kesan negatif terhadap keharmonian perhubungan kamu.

RASIONAL PADA SITUASI
Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan. Tidak dinafikan ramai wanita tidak menggemari situasi ini namun berasa tidak berhak untuk menegurnya. Tindakan ini mungkin ada baiknya agar si dia tidak berasa tertekan dengan leteran yang boleh menghalang tabiat kegemarannya itu. Harapan mereka agar kamu masih rasional menerima
tabiatnya itu seadanya. Ya, bersikap rasional ada baiknya untuk perkara yang positif. Namun, sebagai orang yang mengambil berat soal kesihatannya, sesekali kamu boleh mencuba mengingatkannya akan bahaya merokok. Tapi jangan terlampau serius dan terlalu mendesak! Tegurnya dalam gurauan sinis mungkin boleh membantu.

No comments:

HOW TO ORDER?

please fill up the form at the end of this blog..

bagaimana nak membuat tempahan? sila isikan borang yang terdapat di akhir blog ini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

info payment :-

info payment :-

Paypal Email :

Paypal Email :

Important Note

syarat-syarat pembayaran

Saya akan sms atau email anda if giliran tempahan anda nak mula dan bole membuat bayaran penuh. Sekiranya anda tidak membalas email/sms saya tentang pembayaran.. saya terpaksa HOLD dan terus ke NEXT WAITING LIST sehingga bayaran penuh di buat .. harap maklum.. terima kasih.

(sesiapa yang dah membuat bayaran penuh semasa membuat tempahan abaikan msg ini)

Cara membuat tempahan atau pertanyaan harga

sila isikan borang yang ada di blog ini untuk membuat tempahan/pertanyaan harga.. kerana dengan mengisi borang ini saya dapat memberi harga berdasarkan Umur dan design yang di minati.

Thank you being my great customer always and sabar menunggu giliran ye..

MSC order Form

Name:
Email Address:
telephone no
address for deliver
age
please write MSC Code for design:-

Click here to put a form like this on your site.

MSC Friends Blog

kata2 Hikmah

Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis mencari mana matahari rupa-rupanya Dia menghadiahkan kita pelangai yang indah. ('',) Allah menjawab doa kita dalam 3 cara :
Dia mengatakan 'YA' lalu memberikan apa yang kita kehendaki,
Dia mengatakan 'TIDAK' lalu memberikan sesuatu yang lebih baik,
Dia mengatakan 'TUNGGU' dan memberikan kita yang TERBAIK
"Allah didn't promise that life would be easy but he did promise to be with us every step of our life, with Him we can do anything and everything"