Thursday, January 8, 2009

Info : Petua kecantikan wanita

Katakan tidak kepada lengan kendur
Walaupun lengan kamu tidak kelihatan dipandangan mata orang lain tetapi pastinya kamu mengharapkan ia cantik di pandangan mata kamu. Pasti kamu tidak sukakan lengan yang menggeleber dan lembik. Buat pengetahuan kamu, selain payu dara, lengan juga mempunyai urutannya. Urutan yang dilakukan membuatkan lenganmu lebih pejal dan mampu menghilangkan selulit.


Payudara dan penjagaan

Seluruh bahagian anggota badan daripada hujung rambut hingga kaki menjadi perhatian kamu. Pantang jika melihat kulit wajah berjerawat, kamu akan segera merawatnya. Perhatian kamu pada kulit wajah kadang kala membuatkan kamu terlupa untuk membelai satu lagi bahagian anggota badan yang tidak kurang pentingnya. Kamu terlupa akan payu dara kamu. Tidak semestinya wanita berumah tangga sahaja perlu merawat payu dara tetapi kamu yang masih remaja juga perlu melakukannya.

Tahukah kamu? Menjaga dan merawat payu dara adalah sama seperti kamu merawat kulit wajah. Kulit payu dara sama seperti kulit wajah yang lembut dan sensitif. Kamu tidak digalakkan untuk menggunakan produk kecantikan tubuh badan untuk merawat payu dara tetapi sebaliknya kamu boleh menggunakan produk yang digunakan untuk menjaga dan merawat kulit wajah pada payu dara.

Tips : Kesihatan (for woman)

Awas jika haid tidak datang


Jika berdepan dengan situasi ini, itu tandanya anda menghidapi Amenorea iaitu masalah tidak datang haid (mentruasi). Ia berpunca daripada ovari yang tidak mengeluarkan telur. Secara fisiologi, Amenorea boleh terjadi kepada pelbagai peringkat golongan wanita dari remaja, ibu mengandung dan menyusukan serta yang sudah menopaus.

Amenorea boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu primer dan sekunder. Amenorea primer membawa maksud kegagalan untuk menstabilkan kedatangan haid. Jika remaja yang berusia antara 14 tahun tidak mempunyai perkembangan fizikal secara seksual, itu bermaksud mereka menghidap Amenorea primer. Begitu juga dengan gadis berusia yang berusia 16 tapi perkembangan fizikal dan seksualnya normal. Namun begitu, nisbah mereka yang berdepan dengan Amenorea primer tidak begitu besar iaitu 3 dalam 1000.

Amenorea sekunder pula ialah masalah kedatangan haid yang hanya terjadi sekali dalam jangka masa enam bulan. Andai ini berlaku, itu tandanya anda sakit dan memerlukan pemeriksaan lanjut. 3% remaja perempuan berdepan dengan risiko Amenorea sekunder ini. Separuh daripadanya iaitu 50% daripada mereka yang terdedah kepada penyakit ini ialah mereka yang terlibat dalam larian jarak jauh. Manakala selebihnya 44% ialah mereka yang bergelar penari balet.

Info- Sihat

Kawal Emosi Marah

Perasaan marah adalah emosi manusia yang normal dan sihat tetapi jika tidak
dikawal akan membawa masalah, baik di tempat kerja atau dalam hubungan
peribadi. Seterusnya menjadi tekanan dan gangguan serius dalam kehidupan
seseorang. Kemarahan turut melibatkan perubahan fisiologikal, tekanan darah dan denyutan jantung akan meningkat. Jadi, jika anda ingin hidup yang lebih gembira dan sihat, kawal kemarahan anda sebaiknya.


Tiada Kaitan Dengan Kasut Tinggi

Kebanyakan penggemar fesyen kasut tinggi mempunyai tahap kesihatan yang baik walaupun tunduk ketika memakainya. Begitulah menurut saintis Britain berhubung kajian terhadap sakit lutut atau arthritis. Sebenarnya, kerosakan lutut paling teruk hanya disebabkan oleh berat badan, malah risiko penyakit ini akan meningkat jika seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan sebelum usia mencecah 40 tahun.

Info: Kesihatan (Cergas)

Aktif Bergerak Kaki Juga Perlu Bersenam

Bagi manusia yang dilahirkan sempurna dan sihat tubuh badan, kaki adalah bahagian tubuh yang paling banyak digunakan. Anda perlu berjalan, berlari dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki. Boleh dikatakan hampir 100 peratus pergerakan kita melibatkan kaki. Jika ia dibiarkan bekerja terus menerus tanpa rawatan dan belaian yang sepatutnya, tidak mustahil kaki akan letih dan sakit berikutan perjalanan darah yang tidak lancar di bahagian tersebut.

Dewasa ini, penjualan mesin mengurut tubuh khususnya untuk kaki semakin banyak di pasaran. Setiap satu mesin mempunyai fungsi yang tersendiri. Oleh sebab ia digerakkan oleh kuasa motor untuk mengurut, harga satu-satu mesin itu sangat mahal. Bukan semua orang mampu membelinya. Tetapi, untuk apa anda membazirkan wang yang banyak jika anda boleh mengatasi masalah kesakitan di kaki anda dengan cara semulajadi, misalnya mengurut? Berikut kami bantu anda mempelajari teknik urutan kaki yang ringkas. Suka diingatkan teknik ini bukanlah untuk mengatasi masalah kaki yang serius. Sebaliknya, teknik urutan ini hanyalah sesuai untuk mengatasi masalah kaki yang lenguh, letih dan terlalu kuat bekerja. Sebelum itu, kami terangkan kepada anda terlebih dahulu faktor-faktor yang mudah membawa kepada
masalah kaki dan cara penyelesaiannya.

Faktor & Penyelesaian

FAKTOR 1 :- Kasut


1. Jika anda lebih banyak menggunakan kasut (khususnya yang tertutup) dalam sehari, sebenarnya perjalanan darah di bahagian tersebut menjadi sedikit terganggu berikutan pendedahan kepada udara yang sangat terbatas. Keadaan akan menjadi lebih buruk jika anda memakai stoking berfabrik tebal.
Penyelesaian : Kita memang memakai kasut sepanjang tempoh bekerja. Kadangkala, kita juga memakai kasut untuk keluar beriadah. Sebaiknya, bukalah kasut apabila ada peluang. Semasa anda sedang duduk di meja pejabat, bukalah kasut dan stoking. Mulakan regangan dengan tumit kaki. Angkat tumit dari lantai dan
kekalkan posisi ini dalam 20 kiraan. Kemudian, angkat jari jemari ke atas dan rendahkan tumit ke lantai. Buat dalam masa 20 kiraan juga. Seterusnya, regangkan jari jemari agar perjalanan darah yang mengalir di situ kembali lancar.

2. Tidak dinafikan, kasut tinggi memang cantik dipakai. Tubuh lebih langsing dan gaya berjalan juga menjadi lebih hebat. Tetapi kekerapan memakai kasut tinggi untuk tempoh masa yang lama juga tidak baik.
Penyelesaian : Semasa anda berjalan dengan kasut tinggi, anda sebenarnya memberikan ‘tekanan’ pada betis dan tumit. Jadi, dua bahagian ini perlulah sentiasa dibelai agar tidak wujud kecederaan di kemudian hari. Sebagai penyelesaian, anda boleh berbaring di atas katil dan letakkan bantal di bawah betis. Setelah anda merasa betul-betul relaks, alihkan bantal dan lakukan sedikit senaman ringan. Dalam posisi berbaring, angkat sebelah kaki ke atas dan biarkan sebelah kaki lagi berada di atas tilam. Biarkan dalam 10 kiraan. Kemudian,
tukar dengan kaki yang lagi satu. Selain itu, dalam keadaan kaki di atas bantal, anda boleh menggerakkan tapak kaki ke kiri dan kanan untuk melegakan saraf di betis yang ‘ketat’.

FAKTOR 2 :- Senaman

1.Senaman misalnya berjoging juga boleh mewujudkan tekanan dan kesakitan pada kaki. Walaupun tujuan asal senaman ialah untuk mengekalkan kesihatan tubuh, tetapi kalau ia dilakukan secara tidak sistematik, tidak mustahil kakilah bahagian tubuh pertama yang akan meninggalkan kesan.
Penyelesaian : Jangan pandang remeh fungsi pemanasan (warm up) dan penyejukan (cooling down). Kalau anda sayangkan kaki, jangan lakukan senaman secara sembarangan. Pelajari dahulu teknik-teknik senaman yang anda pilih dan lakukannya dengan bijak. Kalau anda ingin memilih aktiviti badminton misalnya, lebihkan
aktiviti regangan pada bahagian tangan dan kaki. Lihat dulu aktiviti yang ingin anda pilih dan buatlah regangan dari hujung kepala ke hujung kaki.

2.Kalaupun anda begitu ghairah untuk bersenam, usahlah lakukannya berpanjangan selama seminggu. Anda
bukan sahaja meningkatkan risiko kecederaan tubuh, khususnya pada kaki, bahkan hasilnya juga tidak seperti yang anda inginkan.
Penyelesaian : Sudahlah kaki anda letih akibat pergerakan seharian, kalau anda paksa untuk aktiviti lain yang lebih ‘heavy duty’ pun pasti kaki akan tercedera. Sebagai penyelesaian, kurangkan aktiviti kecergasan anda menjadi dua atau tiga kali sahaja dalam seminggu. Lebihkan regangan pada bahagian kaki sebelum bermula.
Pilihlah juga kasut yang sesuai dan berkualiti tinggi.

Info: Keajaiban Lidah Buaya

Cantik Dalaman & Luaran Selusuri Keajaiban Lidah Buaya

Lidah buaya, tumbuhan ajaib dengan sejuta khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Kebaikan dan khasiat lidah buaya amat tinggi sehinggakan ratu Mesir termasyhur, Cleopatra, juga menggunakan Lidah Buaya sebagai bahan
perawatan wajahnya. Lidah Buaya bukan sahaja digunakan oleh ratu jelita tersebut, bahkan penggunaannya popular di seluruh dunia. Kepercayaan yang tinggi terhadap herba ini menjadikan Lidah Buaya sebagai bahan utama dalam bidang kecantikan terutamanya kecantikan dan kesihatan kulit.

Apa itu lidah buaya?

Lidah buaya lebih dikenali sebagai ‘aloe vera’ pada masyarakat dunia hari ini. nama saintifik bagi tumbuhan berguna ini adalah ‘aloe Vera Linn’ dipercayai amat baik untuk kesihatan kulit. Terdapat lebih 300 spesies tumbuhan ‘aloe’,
tetapi hanya beberapa jenis sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan kecan-tikan. antara tumbuhan ‘aloe’ yang dijadikan herba untuk tujuan rawatan kecantikan adalah seperti aloe perry yang banyak ditemui di kawasan utara afrika dan aloe ferox yang terdapat di afrika Selatan.

Anti Penuaan

Kehadiran polisakarida dan monosakarida di dalam Lidah Buaya akan melindungi kulit daripada penuaan dan membantu kulit agar sentiasa muda. Pendedahan kepada sinaran matahari dan proses penuaan normal
mengurangkan penghasilan protein sokongan kulit yang dipanggil kolagen. Minuman herba Lidah Buaya boleh menggalakkan penghasilan kolagen melalui peningkatan kegiatan penggabungan sel. ia juga menggalakkan
lebih banyak penghasilan elastin fibroblas yang mana boleh mengelak penuaan. Proses itu membantu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu, agen anti oksidan seperti beta karoten, vitamin C, E , B12 serta selenium bertindak apabila sel merekah dan berfungsi sebagai anti penuaan kulit yang dipanggil kolagen. Minuman herba Lidah Buaya boleh menggalakkan penghasilan kolagen melalui peningkatan kegiatan peng-gabungan sel. ia juga menggalakkan lebih banyak penghasilan elastin fibroblas yang mana boleh mengelak penuaan. Proses itu membantu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu, agen anti oksidan seperti beta
karoten, vitamin C, E , B12 serta selenium bertindak apabila sel merekah dan berfungsi sebagai anti penuaan.

Dalam perawatan ayurveda misalannya, lidah buaya dikenali sebagai ‘Kumari’ atau ‘gadis’ kerana ia ipercayai dapat mengembalikan tenaga dan turut digunakan untuk tujuan awet muda. Kajian klinikal manusia yang dilakukan oleh The Korean Food and Drug administration (FDa) dengan minuman Lidah Buaya menunjukkan penurunan yang ketara ke atas kedutan wajah dan meningkatkan elastisiti kulit wajah. Kesemua responden
diminta mengambil 1.2g/d minuman lidah buaya selama 3 bulan.


Penyembuh Luka & Penghilang Parut


Lidah Buaya tidak bertoksik dan banyak digunakan dalam kaedah perubatan tradisional di China, J
epun, dan India. Walaupun ia dikatakan amat baik untuk menyembuhkan luka dan menghilangkan parut, terdapat bebe-rapa kajian lain yang menunjukkan sebaliknya. Selain berupaya menyembuhkan luka, Lidah Buaya dikaitkan dengan khasiatnya yang mampu meredakan kandungan gula dalam darah serta mampu meredakan kanser-kanser tertentu. Malangnya, suntikan ekstrak Lidah Buaya yang diberikan kepada beberapa pesakit kanser didapati tidak berkesan. Walaupun begitu, keberkesanan Lidah Buaya dalam bidang rawatan kecantikan
tidak boleh dinafikan. Ekstrak Lidah Buaya mempunyai enzim yang akan menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit kulit. Kajian di Afrika Selatan menunjukkan pengambilan dalaman
khasiat Lidah Buaya sebenarnya mempunyai lebih banyak manfaat. Dikatakan polisakarida yang terkandung di dalam daun lidah buaya memberikan kesan biologikal termasuk penyembuhan luka, aktiviti anti kulat, kesan
anti diabetik dan kesan anti keradangan.

Kandungan aloectin B dalam Lidah Buaya menstimulasi sistem imun dan membuatkan ia menjadi bahan terbaik untuk menyembuhkan luka terbakar. Selain itu, sejenis bahan lain dalam Lidah Buaya iaitu szponin juga memiliki kemampuan sebagai pembersih dan anti septik yang menjadikan gelnya sangat efektif untuk mengubati luka terbakar. Bahan selulosa dalam gel Lidah Buaya mampu menembus dan meresap ke dalam kulit dan menghalang cairan tubuh pada wajah yang mengakibatkan berlakunya kulit kering.

Masyarakat arab menggunakan Lidah Buaya bagi menyembuhkan bekas luka. Luka yang telah kering akan disapukan dengan Lidah Buaya agar ia tidak menjadi parut atau menjadi lebih teruk. Kandungan lignin dalam Lidah Buaya mampu tembus dan meresap ke dalam kulit membuatkan ia baik untuk mengubati luka. Tumbuhan ini juga mengelakkan kulit daripada menjadi kering kerana ia mampu mengawal kehilangan air
dari dalam tubuh. Pemakaian lidah buaya pada kulit secara berterusan juga akan menjadikan kulit sentiasa lembap dan lembut.

Bagi masyarakat Melayu pula, mereka percaya apabila menyapukan lendir lidah buaya pada bahagian yang tercedera, luka lebih mudah sembuh. Petua orang Melayu dahulu kala pula, lendir lidah buaya akan disapukan pada bulu mata untuk melentikkannya. Selain masalah ruam, kulit yang dijangkiti kulat juga boleh dikurangkan dengan meletakkan lendir lidah buaya pada bahagian bermasalah. Lidah buaya mengandungi anti biotik yang
mampu merangsang pertumbuhan sel kulit baru dan mengelakkan jangkitan kuman pada bahagian yang tercedera.

Lain pula dengan masyarakat China, mereka mengamalkan lidah buaya dengan menyapu lendirnya pada seluruh wajah bagi menaikkan seri muka serta mempercepatkan penyembuhan jerawat. Masyarakat Cina
juga banyak menggunakan Lidah Buaya dalam perubatan tradisional mereka. Lidah Buaya digunakan oleh mereka untuk mengatasi masalah cacing.

Apa Kata Lelaki??

KENALI HATI & CINTA LELAKI

Dalam persahabatan, segelintir pendapat mengatakan bergaul dengan lelaki sebenarnya lebih mudah berbanding bersahabat dengan golongan Hawa. Mungkin kerana lelaki itu sifatnya mudah bertolak ansur, lebih telus dalam persahabatan atau lebih berterusterang dan tidak menyimpan perasaan terhadap sesuatu perkara.

Namun dalam soal cinta dan perhubungan serius yang berkaitan dengan soal hati, bagaimana? Seperti kata ahli sosial, jika kamu pandai menelusuri hati lelaki, sebenarnya jalan menuju kebahagiaan lebih mudah. Jika kamu ingin mencari cinta sejati, kamu sendiri harus mengenali hati dan keperibadian mereka supaya hubungan ini lebih mudah. Berikut 14 perkara tentang lelaki yang perlu kamu tahuuntuk lebih mengenali mereka. Sekiranya sesuai jadikan panduan. Jika sebaliknya, anggaplah sebagai pengisi bahan bacaan kamu di masa terluang.

MASIH RAGU-RAGU
Jika kamu bertanya lelaki: “Adakah kamu cintakan saya?” selepas setahun perhubungan, mereka akan menjawab “Ya, saya cintakan awak”.
Tetapi hakikatnya, mereka masih ada beberapa jawapan lain untuk soalan itu seperti
A. “Ya, rasarasanyalah”
B. “Mestikah saya berkata begitu supaya kamu rasa senang hati?”
C. “Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak”
D. “Penting sangatkah?” dan E. “Siapa, saya?”. Kebanyakan jawapan yang tersirat ini masih menunjukkan yang lelaki masih ragu dengan cinta yang dimilikinya. Oleh itu, kamu jangan terlampau selesa dengan setiap harapan yang diberikan oleh lelaki melainkan kamu sudah betul-betul mengenali hati budinya.

SUKAR MEMUJI
Kamu tidak perlu meminta pendapat mengenai diri kamu daripada si dia ataupun mengharapkan pujian yang kamulah kekasih terbaiknya. Ini kerana apabila terlihat perempuan cantik di hadapannya, dia mungkin merenung semahumahunya. Sikap mata keranjang sememangnya ada pada kebanyakan lelaki. Jadi kamu haruslah bersedia menghadapinya dan cuba bagaimana untuk
mengurangkan tabiatnya itu.

TIDAK SUKA DIATUR
Ada sesetengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang kerana baginya, biarlah takdir yang menentukan. Keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba merancang segala tindakannya. Jika lelaki pilihan kamu tidak gemar kehidupannya ditentukan, kaji dulu tabiatnya sebelum kamu mengutarakan sebarang cadangan. Hal ini mungkin nampak remeh tetapi sebenarnya memberi
kesan negatif terhadap keharmonian perhubungan kamu.

RASIONAL PADA SITUASI
Lelaki yang gemar merokok pasti mendapatkan habuannya sebatang dua setiap kali selepas makan. Tidak dinafikan ramai wanita tidak menggemari situasi ini namun berasa tidak berhak untuk menegurnya. Tindakan ini mungkin ada baiknya agar si dia tidak berasa tertekan dengan leteran yang boleh menghalang tabiat kegemarannya itu. Harapan mereka agar kamu masih rasional menerima
tabiatnya itu seadanya. Ya, bersikap rasional ada baiknya untuk perkara yang positif. Namun, sebagai orang yang mengambil berat soal kesihatannya, sesekali kamu boleh mencuba mengingatkannya akan bahaya merokok. Tapi jangan terlampau serius dan terlalu mendesak! Tegurnya dalam gurauan sinis mungkin boleh membantu.

Info : Cantik Dan Sihat ...

Si klasik moden.

Serlahkan keanggunanmu dengan dandanan rambut klasik yang diperbaharui seperti selebriti kesayanganmu, Christina Aguilera. Bagaikan seorang primadona,rambutmu menyerlahkan segalanya… Apa tunggu lagi, ikuti langkah demi langkah dandanan rambut ini!

1.Bagi kamu yang memiliki rambut panjang mengurai, cuba gayakan dandanan baru ini dengan mengikatnya belah tepi sedikit menjadi seperti pony tail.

2.Untuk memendekkan rambutmu yang panjang,sanggulkan ia separuh menjurai panjang sehingga ke paras baru.

3.Lebih manis jika kamu mendandan rambutmu dengan menggunakan curler untuk hasil ikal mayang pada rambut yang telah disanggul.

4.Akhir sekali, ikat helaian rambut ikal mayang berperingkat untuk elakkan menjadi leper di bahagian tepi. Kembangkan rambut menggunakan jari-jemarimu untuk hasil yang lebih menarik.

Monday, January 5, 2009

Happy New Year 2009!

walau rasa nya lewat sikit untuk aku ucapkan tahun baru... sebabkan sibuk dengan kerja2 harian.. sampai lupa akan multiply nie... ingat kan tahun baru nie aku nak start balik writing diary.. tak pi beli2 gak:p sapa ada company buat dairy free tahun nie.. sumbang2 kan la kat aku.. heheheeh tak de pun tak pe.... aku ada multiply....

azam tahun baru? hmmm entah la. apa aku nak capai pun tak tau.. aku rasa mcm nak study la... tapi study apa yek? beautician? fashion designer? uhhhh.. itu cita2 aku semasa aku lepas sekolah dulu... tapi tak ada kepakaran la.. umur dah 28 tahun tapi bole ke aku belajar.... bukan kah ilmu tak kira umur... tapi.. malu la.... dah ada anak dua sibuk2 nak belajar... aku bercita-cita ingin ada satu butik. tak kesah la butik apa.. butik pengantin ke.. kecantikan ke... asalkan ada butik... tapi mcm mana nak mulakan? uhhh,...

2009 ??? adakah cita-cita aku akan tercapai?

2009??? 1.1.2009 supporse aku kawin.. hahahahah ... poyo je... tapi tak jadi di sebabkan ada perkara-perkara yang perlu di selesaikan... tapi tak tau bila akan selesai... biarlah masa yang menentukan segalanya... penantian dan harapan satu penyiksaan... cukup la sekali ... seandainya jodoh aku tiba ... ada la tu... tak perlu terburu2... pening rush2 nie... sakit jantung di buatnya...

1.1.2009 harapan tinggal harapan... hehehehh... tak pe... walaupun aku masih tak boleh menerima akan hakikat itu.. aku cuba untuk telan walau pahit sekali pun...

GOOD BYE 2008 YANG PENUH KEDUKAAN DALAM HIDUP KU......

PEACE!

AND .. WELCOME 2009...

HOW TO ORDER?

please fill up the form at the end of this blog..

bagaimana nak membuat tempahan? sila isikan borang yang terdapat di akhir blog ini..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

info payment :-

info payment :-

Paypal Email :

Paypal Email :

Important Note

syarat-syarat pembayaran

Saya akan sms atau email anda if giliran tempahan anda nak mula dan bole membuat bayaran penuh. Sekiranya anda tidak membalas email/sms saya tentang pembayaran.. saya terpaksa HOLD dan terus ke NEXT WAITING LIST sehingga bayaran penuh di buat .. harap maklum.. terima kasih.

(sesiapa yang dah membuat bayaran penuh semasa membuat tempahan abaikan msg ini)

Cara membuat tempahan atau pertanyaan harga

sila isikan borang yang ada di blog ini untuk membuat tempahan/pertanyaan harga.. kerana dengan mengisi borang ini saya dapat memberi harga berdasarkan Umur dan design yang di minati.

Thank you being my great customer always and sabar menunggu giliran ye..

MSC order Form

Name:
Email Address:
telephone no
address for deliver
age
please write MSC Code for design:-

Click here to put a form like this on your site.

MSC Friends Blog

kata2 Hikmah

Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis mencari mana matahari rupa-rupanya Dia menghadiahkan kita pelangai yang indah. ('',) Allah menjawab doa kita dalam 3 cara :
Dia mengatakan 'YA' lalu memberikan apa yang kita kehendaki,
Dia mengatakan 'TIDAK' lalu memberikan sesuatu yang lebih baik,
Dia mengatakan 'TUNGGU' dan memberikan kita yang TERBAIK
"Allah didn't promise that life would be easy but he did promise to be with us every step of our life, with Him we can do anything and everything"