Monday, May 10, 2010
rahsia tarikh lahir
Ilmu kaji bintang atau sains metafizik turut meletakkan kajian
terhadap elemen nombor atau tarikh lahir sehingga boleh menzahirkan karakter seseorang.
Elemen logam, air, kayu, api dan tanah dinyatakan dalam bentuk
tersirat menerusi tarikh lahir berkenaan mengenai pelbagai jenis sikap.
Walaupun ia sekadar tekaan berdasarkan nombor atau tarikh lahir, semak
panduan berikut jika mahu mempercayainya. Andai sebaliknya, abaikan
saja.
Lahir pada 1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.
2 haribulan -
Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang
kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu
kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.
3 haribulan -
Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi
sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini
membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.
4 haribulan - Kurang
yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia
bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.
5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.
6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.
7 haribulan -
Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya
dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh
menimbulkan persengketaan.
8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.
9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.
10 haribulan -
Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si
dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.
11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.
12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.
13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.
14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.
15 haribulan- Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?
16 haribulan -
Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan
penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.
17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.
18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.
19 haribulan[/ -
Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya
seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup
untuk menawan hatinya.
20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.
21 haribulan - ‘Angin’ tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.
22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.
23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.
24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.
25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak.
26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.
27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.
28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.
29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.
30 haribulan -
Boros berbelanja terutama ‘menyolek’ kereta kesayangannya. Jika boleh,
beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk
masa depan.
31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti
HOW TO ORDER?
please fill up the form at the end of this blog..
bagaimana nak membuat tempahan? sila isikan borang yang terdapat di akhir blog ini..
info payment :-
Paypal Email :
Important Note
syarat-syarat pembayaran
Saya akan sms atau email anda if giliran tempahan anda nak mula dan bole membuat bayaran penuh. Sekiranya anda tidak membalas email/sms saya tentang pembayaran.. saya terpaksa HOLD dan terus ke NEXT WAITING LIST sehingga bayaran penuh di buat .. harap maklum.. terima kasih.
(sesiapa yang dah membuat bayaran penuh semasa membuat tempahan abaikan msg ini)
Cara membuat tempahan atau pertanyaan harga
sila isikan borang yang ada di blog ini untuk membuat tempahan/pertanyaan harga.. kerana dengan mengisi borang ini saya dapat memberi harga berdasarkan Umur dan design yang di minati.
Thank you being my great customer always and sabar menunggu giliran ye..
MSC order Form
MSC Friends Blog
kata2 Hikmah
Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari.. kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita menangis mencari mana matahari rupa-rupanya Dia menghadiahkan kita pelangai yang indah. ('',) Allah menjawab doa kita dalam 3 cara :
Dia mengatakan 'YA' lalu memberikan apa yang kita kehendaki,
Dia mengatakan 'TIDAK' lalu memberikan sesuatu yang lebih baik,
Dia mengatakan 'TUNGGU' dan memberikan kita yang TERBAIK
"Allah didn't promise that life would be easy but he did promise to be with us every step of our life, with Him we can do anything and everything"
No comments:
Post a Comment