Now arif dah 1 tahun umur nya… dia lahir pada 28 October 2007. dia premature baby.. just 7 bulan je dia lahir dengan berat1.8kg.. aduhh kecik nye aku tengok arif nie… nak pegang pun takut…. Kesian nye…
Selepas kejadiaan tersebut kisah tragis dalam hidup aku dulu.., aku membuat keputusan untuk melepaskan dan melupakan dia dan ingin hidup sendiri bersama anak aku dan ingin melupakan sejarah hitam itu. Tetapi, tanpa disangka, aku dapat tahu, aku mengandung dan di sahkan oleh doctor atas kandungan aku.
Aku menghubungi dia memberi tahu pada nya aku mengandung…. Sungguh terkilan jawapan yang diberi..…. Sumpah aku tak kan hubungi kau walau idup mati aku sekali pun”
Aku menangis… menagis… menangis..saban hari… aku bukan menyesal… aku terkilan… perlukah aku lahir kan anak yang bakal melihat dunia yang penuh cabaran dan dugaan ini? perlukah aku biarkan dia lahir dan akan bertanya2 siapa dia? Siapa ayahnye suatu hari nanti? Aku ilang akal… aku tak tahu apa perlu aku buat ketika itu…
Sungguh malang nasib mu anak… maaf kan mama kerana lahirnya di didunia ini tanpa papa… tanpa kasih sayang nya….
Aku nekad…. Atas nasihat kawan-kawan aku di forum KMC… 80% mengatakan lahir kan lah…jgn di buang…. Aku nekad .. aku akan lahirkan bayi ini … moga dia mengubat luka ku.. mengubat kesunyian hakim (si abang ) ….
Usia kandungan aku makin lama makin membesar.. pendapatan aku rasa nya tidak mencukupi untuk menampuang idup kami berdua…dan anak dalam kandungan… untuk mendapat duit sampingan di dalam keadaan aku memboyot…balik kerja amik anak aku di babysitter… aku membeli di kedai barang2 keperluan untuk membuat kuih… malam sesampai aku dirumah… aku dah start buat kuih mcm kuih… awal pagi pukul 4.00pg.. aku bangun buat kuih dalam pukul 6.00 aku dah keluar rumah pergi gerai mak aku untuk hantar hasil kuih yang aku buat.. dan di jualkan di sana… hari2 rutin harian aku mcm tu… makin lama .. makin memboyot perut aku.. kesakitan nye terasa.. mungkin aku tidak cukup rehat… tidak ckup tido… ya la.. awal pagi dah bangun untuk buat kuih… dari itu la hasil aku dapat untuk membeli keperluan anak2 aku…
6 bulan usia kandungan aku… sakit yang teramat… tak bermaya badan aku….
Kerana terlalu penat… 7 bulan usia kandungan aku…. Aku di masukkan kedalam wad kerana dah tiba masanya dia nak keluar.. 3 cm pintu rahim aku terbuka… dan aku dimasukkan di dalam bilik bersalin.. gerunnnn…. Ya Allah… kuat kan la semangat aku… aku ada rasa terharu juga… org lain di sana… di temani suami tercinta ketika hendak bersalin… aku? Ah… sorang2 menarung kesakitan.. tanpa suami disisi… kesakitan teramat sgt… doctor memaksa aku meneran… tapi baby tak nak keluar… walau pun pintu rahim dah cukup besar untuk dia keluar… tiba.. denyutan jantung bayi tiada lagik…. Doctor jadi panic… mereka memasukkan tiup dan mencari denyutan jantung tersebut…aduhhhh sakit nya Ya Allah…. Kesakitan yang teramat sgt…. Ketika itu kesakitan itu sehingga kesukaran utntuk aku bernafas… aku hanya berserah… seandainya aku idup aku bersyukur..seandainya aku tak ada… aku takut… bukan aku takut mati… aku takut siapa yang akan jaga anak2 aku… berlinang air mata aku… ketika itu… aku tak bermaya…. Berita gembira…. Jantung baby dah jumpa…. dia tetap tak nak keluar… tolong la mama….. keluarla sayang….
Aku mengumpul sepenuh tenaga untuk meneran sekuat hati aku dengan
di ikuti jeritan aku…. Pop!!! Keluarla si baby comel… baby lelaki… ketika itu aku keletihan yang teramat sgt.. lemah tak bermaya… aku mencium bayi aku dengan penuh kasih dah sayang….
Ye… si arif . Muhammad ikhwan arif.. premature… 1.8 berat nye.. 12 jam aku bertarung dengan maut .. bertarung dengan kesakitan…
Gambar nie saje aku ada semasa dia baru saja di lahirkan…. Bersama abang tersayang…
Ini ketika umur nya 1 bulan.. wajah nye kuning… masuk wad hamper 2 minggu….